Mac 15, 2013

NOVEL KANAK-KANAK CITA-CITA AMI





Novel Cita-cita Ami mengisahkan seorang murid sekolah bernama Ami. Dia bercita-cita mahu menjadi penyanyi. Bakatnya dalam bidang nyanyian diketahui oleh cikgu bahasa Melayunya, Cikgu Mumtazah.

Pada suatu hari, cikgu sekolahnya telah memberikan borang memasuki pertandingan Musabaqah. Pertandingan itu memerlukan Ami membaca al-Quran sambil bertaranum iaitu melagukan bacaan tersebut.

Cikgu Mumtazah menyatakan suara Ami lebih sedap jika melagukan bacaan ayat suci al-Quran. Ami juga mendapat galakan daripada ibu dan bapanya.

Novel ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak sekolah rendah. Menariknya tentang novel ini adalah konsep cerita berdasarkan realiti. Hal ini berbeza dengan novel kanak-kanak yang ada di luar sana yang cenderung kepada alam fantasi.

Novel ini juga dihidangkan dalam bentuk Islamik. Terdapat moral dan pengajaran yang sesuai untuk bacaan peringkat umur enam tahun hingga dua belas tahun.

Para ibu bapa masa kini wajar menjadikan novel ini sebagai bacaan anak-anak kerana nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Sila hubungi saya untuk sebarang tempahan dan maklum balas.

HARGA: RM14.00 (belum termasuk postage)

PENULIS: RADIAH BAHARIN

PENERBIT: PSN PUBLICATION SDN. BHD.