Jun 20, 2012

 Kenapa Mesti Manusia?

Lihatlah, lihatlah di sekitar alam
Kerosakan di mana-mana
Pencabulan di merata-rata
Kesengsaraan di sini sana
Ia adalah makhluk bernama manusia

Mengapa mesti manusia?
Kenapa bukan haiwan atau lainnya?
Kenapa manusia perlu begitu?
Buta hati dan perasaan
Adakah mata mereka telah dialpakan oleh kesenangan?
Adakah hati mereka dipalsukan oleh kekuasaan?

Lupakah? Lupakah manusia?
Allah telah menulis wahyu
Tercampak sahaja Adam ke bumi
Maka manusia adalah penerajunya

Tapi mengapa?
Kenapa manusia perlu buas?
Kenapa bumi dibinasakan?
Kenapa lautan diperkosa kasar?
Kenapa haiwan dan tumbuhan
Mesti mati kelaparan?
Semuanya hasil tangan manusia
Layaknya, manusia tak patut dilahirkan
Manusia sepatutnya tidak ditakdirkan untuk hidup
Tanpa manusia, haiwan dan tumbuhan megah
Berlari di padang kebebasan
Tetapi kenapa mesti manusia