Disember 08, 2016

Aku Cuma Insan Tak Bernama

Aku cuma insan tak bernama
Wujudku tidak dikisah
Hadirku tidak diendah
Diamku tidak dipeduli
Bisingku tiada siapa yang mahu mengambil kira

Aku cuma insan tak bernama
Muncul di celah-celah keramaian
Tiada siapa yang perasan

Namun itulah aku
Yang dicipta dengan seribu senyum
Meski aku bukan yang utama


8 Mei 2015