Pesan
Imam Ghazali kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya.
Anakku Engkau
sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan
Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak kenal
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya Itulah suamimu
Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak kenal
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya Itulah suamimu
Jadikanlah
dirimu seperti khadam (orang gaji) kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi
khadam kepadamu
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya
Dengan cara yang demikian akan menjadikan ia benci kepadamu
Jangan engkau menjauhkan diri kerana dikhuatiri ia akan menjauhkan engkau
Kalau ia pula menjauhkan diri dengan marah kerana sesuatu sebab tertentu,
Eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya
Dengan cara yang demikian akan menjadikan ia benci kepadamu
Jangan engkau menjauhkan diri kerana dikhuatiri ia akan menjauhkan engkau
Kalau ia pula menjauhkan diri dengan marah kerana sesuatu sebab tertentu,
Eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.
Peliharalah
hidung, telinga dan matanya
Jangan biarkan ia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum
Jangan membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang baik
Dan jangan membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.
Jangan biarkan ia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum
Jangan membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang baik
Dan jangan membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.
“JADI,
engkau terima dengan saranan mak saudara kau tu?” pertanyaan itu melontar
kembali Masitah ke alam nyata.
Cepat-cepat cebisan kertas yang
berada dalam genggaman disimpan. Dilipat kecil-kecil kemudian dimasukkan ke
dalam beg duitnya.
“Entahlah Mawar. Aku tak pasti. Aku
tak kenal siapa lelaki itu. Dan aku, aku…” Masitah tidak dapat meneruskan
kata-kata apabila ada panggilan masuk melalui telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum, ya Mak Lang.
Masitah cakap. Keputusan? Belum lagi. Bagi saya sedikit waktu lagi. Baiklah,
Assalamualaikum.” Masitah mematikan talian telefon.
“Mak cik kau lagi?” Mawar memasukkan
kad-kad jemputan kahwin ke dalam sampul.
Ada
lebih kurang seribu lagi kad yang perlu dicetak. Apabila tiba musim cuti persekolahan,
memang banyak orang mengerjakan masjid. Jadi, pelbagai tempahan kad jemputan
perlu disiapkan mengikut waktu yang dijanjikan.
“Apa
salahnya kau jumpa dulu lelaki itu. Ajak mak saudara kau sekali.
Risik-risiklah, mana tahu memang sudah jodoh engkau. Lepas tu, buat sembahyang
isthikarah, minta petunjuk dengan Allah. Moga ada jawapannya.” Mawar menyambung
lagi kata-katanya.
Masitah
tidak menjawab usul itu. Dia kembali menghadap komputer di hadapannya. Dia
sedang mereka letak gambar dalam kad jemputan di muka hadapan. Tulisan sudah
siap, tinggal covernya lagi. Setelah siap, bolehlah dicetak kad tersebut.
“Kita
ni asyik siapkan kad jemputan kahwin orang aje, tapi untuk diri sendiri
bilalah…” Mawar berkata perlahan seperti pada diri sendiri.
Masitah
hanya menoleh sekilas. Dia tidak memberi apa-apa tindak balas. Kerja di
hadapannya perlu disiapkan segera. Minggu hadapan orang yang menempahnya mahu
mengambil kad-kad tersebut. Nama kedainya perlu dijaga. Kehendak pelanggan
perlu diutamakan. Begitulah prinsip yang dipegang sejak dia membuat keputusan
membuka perniagaan percetakan itu.
“Mawar,
boleh ke aku jumpa lelaki tu dulu sebelum kahwin?” Masitah bersuara perlahan.
“Eh,
tentulah boleh. Hukumnya harus. Nabi Muhammad pun pernah suruh sahabatnya,
Mughairah bin Syukbah supaya melihat dulu orang yang dipinangnya.” Mawar
menerangkan butir tersebut.
Masitah
teringat sabda Nabi yang bermaksud : Lihatlah dahulu perempuan itu, maka
melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup aman damai.
“Tetapi,
itu untuk lelaki. Aku kan perempuan. Boleh ke?” Masitah ragu-ragu.
“Isy,
sama aje kan. Lagipun kamu berdua juga yang nak kahwin. Mintalah mak saudara
kau tu bawa lelaki tu datang rumah.
Sama-sama ada mahram, apa salahnya. Syaratnya kau kenalah tutup aurat.
Lelaki ni hukumnya harus melihat perempuan yang nak dijadikan isteri. Tapi
boleh lihat muka dan tapak tangan ajelah. Sebab, anggota yang dilihat tu dah
membayangkan bentuk kecantikan seseorang perempuan. Lagipun tujuannya baik,
untuk memastikan supaya suami isteri dapat hidup dengan aman dan tenteram.
Faham…” Mawar menerangkan dengan panjang lebar.
Kawannya
itu dahulu penuntut di Universiti Islam Malaysia, ambil pula jurusan Syariah.
Entah mengapa, tidak mahu pula dia mencari kerja yang sesuai dengan
kelulusannya.
“Aku
kerja dengan kau di samping mencari pengalaman, cari juga pendapatan
sikit-sikit. Bila dah ada tawaran kerja yang sesuai, aku akan pergi juga.”
Begitu jawapannya apabila ditanya.
Masitah
mencapai telefon bimbit di sebelah. Dia mencari nama mak saudaranya. Setelah
berjumpa, dia mendail nombor tersebut.
“Assalamualaikum,
Mak Lang. ya, Masitah cakap. Boleh tak kalau Masitah nak jumpa lelaki tu dulu?”
Masitah terus menerangkan hajat sebenar. “Baiklah, hujung minggu ni saya balik.
Terima kasih, ya.” Masitah memberikan salam sebelum menutup talian telefon.
“Jadilah
jumpa bakal suami?” Mawar tersengih-sengih. Nadanya seperti mengusik.
Masitah
hanya membalas dengan senyuman. Hujung minggu ini Mak Lang memintanya datang ke
rumah. Mak Lang akan pertemukan dia dengan lelaki tersebut. Masitah berdoa dalam
hati agar semuanya berjalan lancar. Itulah yang diharapkan.
Setelah
siap mengemas kedai, Masitah menutup pintu. Mawar sudah pulang dahulu. Dia ada
hal untuk dilaksanakan. Kalau tidak, selalunya mereka akan pulang bersama.
Masitah berjalan ke arah kereta Myvi putihnya. Dalam umur begini, dia sudah ada
hampir segalanya. Kerjaya, kereta, rumah dan keselesaan hidup. Cuma, yang masih
belum ada, sebuah rumah tangga.
Dahulu,
Masitah selalu bermimpi punya suami dan anak-anak yang ramai. Masa itu, umurnya
masih remaja. Dalam umur belasan tahun, tentulah angan-angannya indah melangit.
Namun, setelah menamatkan pelajaran dan bekerja makan gaji, dia masih belum
bertemu jodoh. Sehinggalah dia membuat keputusan untuk membuka perniagaan
sendiri, dia masih belum bertemu lelaki yang bakal meluruskan tulang rusuknya
yang bengkok. Tetapi, baru-baru ini, Mak Lang menghubunginya. Mak Lang mahu
menjodohkannya dengan seorang lelaki. Khabarnya, lelaki itu anak saudara Pak
Lang. Dan lelaki itu masih mencari jodoh juga.
Masitah
membuka siaran radio. Dia mencari siaran yang muluk-muluk. Kemudian, tangannya
terhenti apabila mendengar ceramah yang diacara oleh Ustaz Abdul Latif. Siapa
tidak kenal dengan Ustaz Abdul Latif. Wajahnya selalu terpampang dikaca tv.
Beliau banyak mendapat undangan membicarakan tentang hal-hal membabitkan jodoh
dan perkahwinan. Masitah menguatkan sedikit suara radio.
“Tuan-tuan
yang dirahmati Allah sekalian, Rasulullah sendiri ada menyebut dalam memilih
bakal suami kahwinlah dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah. Kalau ia
mencintainya ia akan menghormatinya, dan kalau ia tidak cinta ia tidak akan
menganiayainya. Sebelum berkahwin, disunatkan melihat bakal isteri atau suami
terlebih dahulu. Kerana di situ bermula kunci kedamaian dalam rumah tangga.”
Ustaz Abdul Latif diam seketika sebelum menyambung ceramahnya.
“Tuan-tuan
dan puan-puan, perkahwinan memang digalakkan bagi Islam terutama bagi yang
mampu. Namun, perlulah melalui hukum tertentu yang telah ditetapkan. Antaranya
meminang. Meminang ertinya memajukan lamaran untuk menjodohkan seorang lelaki
dengan seorang perempuan atau sebaliknya melalui perantaraan seseorang yang
dipercayai. Hukumnya harus. Sama ada yang dipinang itu gadis atau janda yang
telah habis idahnya. Perempuan yang masih dalam idah ba’in pinangannya adalah
melalui sindiran. Sebarang pemberian dalam masa pertunangan adalah adat
semata-mata. Walaupun begitu, ia tidaklah bercanggah dengan prinsip Islam jika
kedua-dua pihak reda-meredai.”
Ceramah
terhenti seketika untuk memberi laluan kepada siaran iklan. Masitah menarik
nafas dalam-dalam. Dia sudah ada jawapannya. Nanti, apabila bertemu dengan
bakal suami yang dikatakan Mak Lang, Masitah akan cuba selidik betul-betul.
Andai layak, dia akan terima pinangan lelaki itu. Tidak salah menerima jodoh
melalui orang tua. Lagi senang, tak perlu cari sendiri. Masitah tersenyum
sendirian.
MASITAH bersiap
sebaik-baiknya. Dia mengenakan solekan tipis pada wajahnya. Tudung hitam yang
melepasi dada itu disarung ke kepalanya. Baju kurung berwarna biru laut itu
akak serasi dengan kulitnya yang kuning langsat. Masitah bersyukur kerana
dikurniakan kesempurnaan sebagai perempuan. Meskipun cantik, entah mengapa
jodohnya masih belum ada dalam usia menjelang 30-an ini.
“Masitah, dah siap ke?” suara Mak
Lang kedengaran.
Masitah menyudahkan persiapannya
yang terakhir. Dibetul-betulkan bajunya yang terlipat. Setelah itu, dia membuka
pintu bilik perlahan-lahan. Namun, dia sedikit tersentak apabila melihat ada
tamu di ruang tamu. Biliknya betul-betul berdepan dengan ruang tamu. Jadi, jika
ada orang datang, mereka akan nampak pintu bilik tersebut.
“Masitah, mari. Duduk sini.” Mak
Lang menggamit Masitah yang masih terkaku.
“Hadi, kenalkan. Inilah anak saudara
Mak Lang, Masitah. Masitah, ini Hadi yang Mak Lang cakapkan tu.” Mak Lang
mengukir senyum bermakna.
“Assalamualaikum,”suara lelaki itu
kedengaran di gegendang telinga Masitah.
“Wa… waalaikumusalam.” Masitah
menjawab sopan.
Sekali-sekala dia mencuri pandang ke
wajah lelaki di hadapannya. Masitah mengamati wajah itu. Matanya, redup bundar.
Hidungnya sederhana mancung dan bibirnya sederhana tebal. Kulitnya pula sedikit
cerah seperti warna kulitnya juga. Rambutnya, Masitah terpegun seketika. Rambut
lelaki itu tertutup dengan songkok hitam. Dia hanya berkemeja lengan panjang
warna coklat dan seluar slack hitam. Betapa kemasnya imej lelaki ini.
“Masitah ni, ada bisnes sendiri. Dia
buka kedai cetak-cetak kat jemputan di bandar sana. Dah jemu makan gaji,
katanya.” Masitah menangkap suara Mak Lang. “Masitah, kenapa senyap aje?” Mak
Lang menepuk pehanya perlahan.
“Ya, ya Mak Lang. Masitah ke dapur
dulu, buat air.” Masitah bangun cepat-cepat ke dapur.
Dia tak tahu mahu bercerita apa-apa
dengan lelaki itu. Pertemuan pertama telah menerbitkan rasa senang dalam
hatinya. Adakah lelaki yang bernama Hadi itu turut senang dengan dirinya?
Masitah teertanya-tanya sendiri. Setelah menyiapkan minuman, Masitah membawanya
ke ruang tamu. Hadi dijamu dengan air teh dan karipap. Masitah mendengar sahaja
Mak Lang bercerita dengan Hadi. Dia lebih selesa mendiamkan diri. Mungkin akan
ada pertemuan-pertemuan lain untuk dia mengenali lelaki itu dengan lebih rapat.
Insya-Allah. Masitah berharap sendiri.
“Mak Lang, alang-alang saya datang
ni, biarlah saya nyatakan hajat terus. Maaflah sebab tak hantar wakil.” Hadi
bersuara perlahan tapi jelas. Dia mengeluarkan sesuatu dari saku kemejanya.
“Ini, sebagai tanda persetujuan saya
untuk menyunting Masitah menjadi isteri saya.” Hadi menghulurkan kotak baldu
berisi sebentuk cincin belah rotan.
“Oh, ni kira meminang teruslah.” Mak
Lang kelihatan senang. Dia mengambil huluran cincin tersebut.
“Nampaknya begitulah, Mak Lang. jika
Masitah setuju, bulan hadapan bolehlah langsungkan majlis.” Hadi berkata sopan.
Masitah yang tunduk sejak tadi
membulatkan mata. Namun, dia masih diam sahaja. Semuanya berlaku tiba-tiba.
Wajarkan dia bersetuju atau meminta sedikit waktu untuk berfikir? Masitah
berkira-kira sendiri.
“Kalau sudah macam tu,
Alhamdulillah. Ada umur, ada jodoh kita langsungkanlah, ya.” Mak Lang kelihatan
teruja.
“Jadi, tentang mas kahwinnya?
Bagaimana? Boleh bincang terus?” Hadi menyambung kembali hajatnya.
“Yang tu, kena tanya tuan punya
badan.” Mak Lang mengerling ke arah Masitah.
Masitah kaku. Dia angkat sedikit
wajah dan tunduk semula. Masitah tidak punya kata-kata yang sesuai untuk
diucapkan.
“Bagaimana, Masitah?” Hadi bertanya.
Laju sungguh lelaki ini bertindak.
Apa jawapannya yang sesuai untuk diucapkan? Masitah buntu sendirian.
“Masitah,
cakaplah sesuatu. Dari tadi senyap aje, beritahulah.” Mak Lang memberi izin.
“Saya
ikut Sunnah Rasulullah. Bakal isteri yang baik adalah yang paling murah mas
kahwinnya. Saya tidak minta apa-apa, terpulanglah pada hati budi pihak lelaki.”
Masitah akhirnya bersuara.
Masitah
teringat kembali ceramah yang didengarnya semalam. “Pemberian mas kahwin atau
mahar hukumnya wajib. Menyebutkan jumlahnya dalam akad nikah hukumnya sunat.
Walaupun begitu, Islam tidak menentukan jumlahnya. Seperti yang terdapat dalam
firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa
ayat 4 yang bermaksud: “Berikanlah mas kahwin atau mahar kepada wanita sebagai
pemberian yang wajib.” Nabi Muhammad pernah mengahwinkan seorang lelaki dan
perempuan dengan mas kahwin sebentuk cincin besi.”
“Masitah…”
suara Mak Lang kedengaran lagi.
“Ya,
Mak Lang.” Masitah berdiri apabila melihat mak Lang sudah berdiri.
“Tolong
bentangkan sejadah di penjuru sana tu. Dah masuk waktu, Hadi nak solat dulu
sebelum balik.” Mak Lang meminta.
Masitah
cepat-epat masuk ke bilik. Kemudian dia keluar semula membawa sehelai sejadah.
Dia dan Mak Lang membiarkan Hadi bersolat dulu.
Alhamdulillah,
mungkin inilah jodohku. Masitah berbisik sendiri. Hatinya tenang melihat Hadi
yang sedang bersolat.
“Hadi
nak balik dah. Semoga semuanya berjalan lancar. Kita minta pada Allah agar apa
yang dirancang ini menjadi kenyataan.” Mak Lang berdoa untuk Masitah dan Hadi.
“Kalau
begitu, saya balik dululah. Mak Lang, Masitah. Assalamualaikum.” Hadi berlalu
pergi.
“Sebaik-baik
pilihan, adalah orang-orang yang beragama. Maka pilihnya dari kalangan kamu
orang yang taat pada perintah Allah kerana di situ akan melahirkan prinsip
mawaddah dan rahimmah dalam rumah tangga.”
Masitah
menutup pintu bilik. Namun, dia mula membuka pintu hatinya untuk seorang lelaki
bernama Hadi. Semoga perjodohannya ini kerana Allah. Allah jua yang menentukan
segala-galanya.