Jun 20, 2012

 Kenapa Mesti Manusia?

Lihatlah, lihatlah di sekitar alam
Kerosakan di mana-mana
Pencabulan di merata-rata
Kesengsaraan di sini sana
Ia adalah makhluk bernama manusia

Mengapa mesti manusia?
Kenapa bukan haiwan atau lainnya?
Kenapa manusia perlu begitu?
Buta hati dan perasaan
Adakah mata mereka telah dialpakan oleh kesenangan?
Adakah hati mereka dipalsukan oleh kekuasaan?

Lupakah? Lupakah manusia?
Allah telah menulis wahyu
Tercampak sahaja Adam ke bumi
Maka manusia adalah penerajunya

Tapi mengapa?
Kenapa manusia perlu buas?
Kenapa bumi dibinasakan?
Kenapa lautan diperkosa kasar?
Kenapa haiwan dan tumbuhan
Mesti mati kelaparan?
Semuanya hasil tangan manusia
Layaknya, manusia tak patut dilahirkan
Manusia sepatutnya tidak ditakdirkan untuk hidup
Tanpa manusia, haiwan dan tumbuhan megah
Berlari di padang kebebasan
Tetapi kenapa mesti manusia

Jun 16, 2010

SEKETIKA PULANG KE KAMPUNG

Seketika pulang ke kampung
Kulihat langit masih luas
Pulang ke bandar
langit menjadi sempit di mataku

Pulang ke kampung
ada tawa menghias wajah
tetapi pulang ke bandar
aku tak kenal kau
kau tak kenal aku

Pulang ke kampung
Pohon menghijau menggamit pandangan
Pulang ke bandar
Hutan batu menjadi santapan

Begitulah
damainya di kampung

Januari 04, 2010

Disember 26, 2008

HARI INI

Hari ini
Bangsaku teruji lagi
Kehilangan tongkat untuk berdiri
Keputusan hak di negara sendiri

Hari ini
Bangsaku terpaksa akur
Pada arus globalisasi
Era revolusi sebuah pembangunan
Bangsaku terpaksa menggagah diri
Mengharung dugaan sebelum dinihari

Hari ini
Bangsaku tertolak beransur-ansur
Kehilangan pertuanan berdikit-dikit

Apakah nasib bangsaku nanti?
Adakah terpaksa melata
Di tanah air sendiri

Radiah Baharin

Disember 21, 2008