Disember 08, 2016

KAKU

Setiap pagi di hadapan pintu opis
Kau berbaring menunggu
Sesuap makan dari kami
Tetapi tidak pernah kamu peduli
Malah aku menyuruh kau pergi
Namun kau kekal di situ
Berharap ada rezeki buat mengisi perut kosongmu

Setiap hari aku lalu
Kadang-kadang kau mengekorku
Kadang-kadang kau hanya memrhati jauh
Aku tetap tidak peduli

Begitulah rutinmu setiap hari
Aku membiarkan
Ini tempat engkau berteduh dari panas terik
Hujan lebat

Pagi ini engkau tidak ada
Hilang entah ke mana
Tidak seperti selalu menunggu di hadapan pintu

Esoknya seperti itu juga
Kau tidak lagi kelihatan
Dan petang tadi ketika mahu pulang
Aku terpegun
Melihat dirimu kaku
Dihurung sekalian lalat
Kakimu yag keras seperti mahu menuju ke arahku
Matamu yang sayu tidak lagi bernyawa

Khabarnya kau mati dilanggar
Nyawamu habis di sini
Di tempat kau mengharap nasib
Meskipun kau hanya seekor anjing
Namun, kehilanganmu sedikit menggigit naluriku
Betapa hidup hanya sementara
Selagi bernyawa berkongsilah rezeki
Selamat menempuh hidup baru di syurga
Kau bebas…


22/4/2016            8.26 pagi              Jumaat