Disember 08, 2016

Doa untuk GAZA
Istirahatku dicemari banjiran status di GAZA
Tak mampuku menekan butang 'like' n 'share'
Kerana aku sangat terkilan...
Pergimu tentu dengan syahid
Syurga tentu menanti
Tapi aku di bumi Malaysia
Belum tentu lagi

Mungkin,
yang berlari sepantas kilat itu kamu
Meniti titian Sirat
Dan mungkin
yang merangkak itu aku
entah sampai entah tidak ke tempat tujuan

Ya Allah, 
Kau peliharalah kami
Di dunia dan di akhirat
Semoga kami beroleh rahmat dan syafaat

Amin ya Rabbal alaminn...

3.58 petang, 14 Julai 2014